Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tekong dan kru warga Indonesia ditahan pasukan APMM Bintuku kerana menangkap ikan di zon larangan. Foto: APMM Bintulu.

Bot nelayan bernilai RM500,000 disita, tangkap ikan di zon larangan di Bintulu

BINTULU, 1 April: Sebuah bot nelayan tempatan dilengkapi peralatan menangkap ikan bernilai RM500,000 ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu ketika sedang menangkap ikan d perairan negeri kira-kira 9.6 batu nautika dari Simalajau pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 9 pagi selepas bot samaran yang ditugaskan membuat pemantauan di kawasan tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati tekong bot merupakan warga tempatan manakala lima orang kru warga Indonesia berusia 28 hingga 56 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang kru yang ditahan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah manakala empat yang lain disyaki menyalahgunakan pas atau permit yang telah diberikan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bot nelayan yang disita diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu. untuk siasatan lanjut. Foto: APMM Bintulu.

Menurutnya, berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan di dalam Buku Lesen, jarak yang dibenarkan daripada pantai adalah 12 batu nautika.

Katanya lagi, muatan hasil laut seperti ikan campur berjumlah kira-kira 300 kilogram turut dirampas bersama kapal serta peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Kesemua kru beserta bot nelayan kemudian diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di zon larangan serta melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan yang mana boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Mohd Khairol berkata, kes tersebut juga disiasat di bawah Akta Imigresen kerana disyaki telah menyalagunakan pas atau permit kerja yang telah diberikan serta gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa ditahan.

Beliau memohon orang ramai agar menyalurkan maklumat segera bagi menghalang kegiatan mencuri hasil laut di perairan negara.

Sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan