Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali ketiga Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Sarawak (3/15) dan Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS). Foto: Ahmad Nasrullah (TVS).

Menteri Persekutuan ke Sarawak perlu patuh protokol kerajaan negeri – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING,1 April: Menteri Kerajaan Perpaduan yang mahu mengadakan lawatan kerja ke Sarawak bagi tujuan pelaksanaan projek diminta memaklumkan jadual lawatan terlebih dahulu kepada Kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata perkara itu penting agar pihak kerajaan negeri dapat membantu dan menyelaraskan lawatan mereka.

Baca artikel berkaitan > > > PBB Sarawak anjur konvensyen sempena 60 tahun Sarawak Merdeka

“Ini membolehkan mereka dapat memberi tumpuan terhadap kawasan lawatan mereka dan pegawai kerajaan negeri perlu tahu apakah bentuk lawatan yang ingin dilakukan, supaya kita dapat menyalaraskan seperti mana yang digariskan oleh kerajaan negeri,” kata beliau.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kali ketiga Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Sarawak (3/15) di sini, hari ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempengerusikan mesyuarat kali ketiga Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB Sarawak (3/15) dan Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS). Foto: UKAS.

Menurut Abang Johari, Perdana Menteri juga menyarankan agar menteri-menteri persekutuan untuk mematuhi protokol kerajaan negeri Sarawak supaya dapat bersama-sama dengan pemimpin negeri ini dalam mengurus dan mentadbirkan projek-projek yang dilaksanakan di Sarawak.

Dalam pada itu Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak juga bersetuju dalam pembentukan majlis perundingan kepimpinan kerajaan perpaduan.

“Kita akan sentiasa berunding dengan pihak kerajaan pusat atas hala tuju pembangunan negara, di samping menyelaraskan sekiranya terdapat masalah dalaman antara kita,” tegas Abang Johari. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan