Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Masjid Dongsi Beijing hari ini. Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Malaysia mahu bebas telunjuk kuasa besar dunia, amal konsep ZOPFAN

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Mac: Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan mana-mana kuasa besar menentukan masa depan negara bertepatan dengan konsep Kawasan Aman, Bebas & Berkecuali (ZOPFAN).

Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat ketegasan Anwar bagi memastikan tidak ada kuasa besar dunia yang boleh mempengaruhi kedudukan negara Asean.

“Ini menunjukkan bahawa Malaysia sebuah negara yang bebas mahu berdagang dengan semua pihak termasuk negara China dan Amerika Syarikat serta beberapa negara besar yang lain.”

“Dalam masa yang sama Malaysia juga boleh disifatkan tidak mahu terlibat dalam persaingan kancah kuasa dunia,” ujarnya ketika dihubungi TVS di sini, pada Jumaat.

Dalam isu ini kata Dr Awang Azman, sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia mahu dilihat sebagai sebuah negara yang boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Menurut beliau lagi, ini perlu diiktiraf serta ditekankan bahawa tindak tanduk Malaysia ini tidak boleh disalahertikan.

Kata Dr Awang Azman mengambil contoh apabila Perdana Menteri mengadakan lawatan ke negara China dan ini dikhuatiri akan menyebabkan kuasa besar seperti Amerika Syarikat berpandangan seolah-olah bahawa Malaysia berpihak kepada negara seteru mereka.

“Pengertian ini penting untuk lawatan Perdana Menteri seterusnya, kerana saya merasakan Amerika Syarikat adalah salah satu negara yang akan dilawati Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

“Dan dengan adanya lawatan seumpama ini, ia dapat menunjukan bahawa Malaysia mahu berkawan dengan semua negara, pada masa yang sama mahu pastikan bahawa Malaysia bebas daripada telunjuk pengaruh kuasa besar,” jelasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan