Aroma Sungkei Episod 8 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Khamis (30 Mac).
Dua masakan yang dipertontonkan ialah Laksa Sarawak dan Puding Karamel Kurma. Ingin nak berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!
Laksa Sarawak
Bahan-bahan:
100g isi ayam
200g pes laksa Sarawak
300g bihun
5 ekor udang
1 cawan santan
10g daun ketumbar
2 batang serai
50g tauge
1 kiub pati ayam
2 biji telur
4 biji limau
3 tangkai cili padi
5 batang cili merah
1 inci belacan
1/2 sudu teh garam
3 sudu air perahan limau nipis
Garam
Gula
Cara memasak:
- 1. Rebus udang & isi ayam
- 2. Masak pes laksa dan letakkan air rebusan udang
- 3. Masukkan serai dan tunggu sehingga mendidih
- 4. Masukkan 1 cawan santan
- 5. Celur bihun dan taugeh
- 6. Kisar cili padi, cili merah, belacan, air limau nipis dan letakkan garam & gula untuk dijadikan sambal
- 7. Sedia dihidang
Puding Karamel Kurma
Bahan-bahan:
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan Gula
200 ml susu penuh krim
150 ml susu sejat | boleh kurangkan ikut suka
7 biji kurma | dibuang biji dan dihiris
Cara memasak:
- 1. Masak gula dengan air untuk dijadikan gula hangus
- 2. Pukul telur bersama esen vanila, susu penuh krim, susu sejat & kurma
- 3. Kukus bahan telur dengan gula hangus selama 30 minit
- 4. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS