Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Khairul Kamarudin (kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim pada majlis berbuka puasa di Kuching, hari ini. Foto: Handy Gui (TVS).

Bank Muamalat rai anak-anak yatim berbuka puasa

KUCHING, 30 Mac: Bank Muamalat meraikan anak-anak yatim dari Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak dan Pusat Jagaan Nur Murni pada majlis berbuka puasa di sini, hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, majlis tersebut merupakan platform untuk berkongsi kegembiraan bersama anak-anak yatim pada Ramadan dan Syawal bakal menjelang.

Selain majlis berbuka puasa, Bank Muamalat turut menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM10,000 kepada pertubuhan dan pusat jagaan berkenaan untuk membantu kos operasi masing-masing.

Pada majlis itu, anak-anak yatim turut menerima duit raya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan