Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media pelancaran Pavilion Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Amalan pelancongan bertanggungjawab tarik minat pelancong Eropah ke Sarawak – Abdul Karim

ByRegina Lee

KUCHING, 30 Mac: Amalan pelancongan bertanggungjawab yang dipraktikkan Sarawak telah berjaya menarik minat pelancong luar negara dari benua Eropah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia juga hasil promosi yang digerakkan oleh Business Events Sarawak (BESarawak) sebelum ini.

“Eropah kini nampaknya sangat menitikberatkan mengenai perubahan iklim, kemampanan, tenaga hijau, serta pelancongan yang bertanggungjawab.

“Anda boleh melihat bahawa Sarawak turut bergerak ke arah itu, seperti yang dipraktikkan di acara Rainforest World Music Festival (RWMF) sebelum ini, tiada penggunaan plastik botol dan kita juga menanam paya bakau.

“Jadi perkara kecil sebegini yang membuatkan mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap apa yang kita lakukan di sini,” katanya pada sidang media pelancaran Pavilion Sarawak di sini, hari ini.

Mengenai Pavilion Sarawak, Abdul Karim berkata ia memberi peluang kepada pemain industri dalam membina rangkaian serta mempromosikan produk mereka.

“Di sana nanti terdapat sekurang-kurangnya 150 pavilion, selain daripada melihat Pavilion Sarawak, pemain industri akan bergaul antara satu sama lain sambil melihat pavilion negara lain.

“Mereka akan mengenali antara satu sama lain dan inilah bagaimana perniagaan dijalankan,” ujarnya. 

Sarawak akan membuat kemunculan menerusi pavilion buat julung kalinya di IMEX Frankfurt, Germany pada 23 hingga 25 Mei ini.

Kehadiran Sarawak di IMEX Frankfurt dijangka mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dari segi warisan, kepimpinan pemikiran dan inovasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan