Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri mesyuarat bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof dan beberapa menteri kabinet di Parlimen hari ini. Foto Facebook DS Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peruntukan khas bina lebih banyak premis perniagaan di Sarawak – Awang Tengah

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 30 Mac: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan peruntukan khas untuk mewujudkan lebih banyak premis perniagaan di Sabah dan Sarawak, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan bantuan modal perniagaan dalam bentuk pinjaman dan geran kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di dua wilayah berkenaan.

Pada masa sama kata beliau, kaedah permohonan serta prosesnya juga akan dipermudahkan.

“Saya cadangkan (kelulusan) tidak hanya berpusat di ibu negara namun perkara tertentu perlu diperluaskan ke negeri bagi memudahkan PKS,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas hadir Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) di Parlimen, hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri oleh rakan sejawatnya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak berkata, agensi kerajaan pusat juga akan melaksanakan lebih banyak program peningkatan keupayaan kepada PKS di Sabah dan Sarawak.

Ujar beliau langkah berkenaan penting untuk memastikan PKS di dua wilayah berkenaan dapat menguasai teknologi terkini dan melaksanakan pendigitalan dalam operasi mereka.

Berhubung permintaan lain Sarawak yang disuarakan, Awang Tengah memaklumkan, beliau juga memohon supaya agensi kerajaan pusat menyalurkan bantuan pemasaran kepada PKS di Sarawak.

Kata beliau, bantuan berkenaan sangat penting supaya pemain industri di sana dapat memperluaskan pemasaran produk masing – masing.

“Pembangunan keusahawan di Sarawak dan Sabah harus diberi perhatian khusus serta tidak sepatutnya dibandingkan dengan negeri – negeri di Semenanjung Malaysia.

“Ini kerana negeri di sini mudah dihubungkan antara satu sama lain sehingga menjadikan Semenanjung Malaysia sebagai pasaran yang besar,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan