Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Traffic Games diperkenalkan, galak pendidikan keselamatan jalan raya

ByOdleen Catherny

KUCHING, 30 Mac: Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) memperkenalkan Sarawak Traffic Games dalam usaha menggalakkan kesedaran sekali gus mendidik umum tentang keselamatan jalan raya.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, Sarawak Traffic Games dijenamakan semula bagi menggantikan Shell Traffic Games yang diadakan kali terakhir pada 2015.

Tambahnya permainan itu akan dimulakan pada peringkat antara sekolah dahulu dan kemudiannya ke peringkat bahagian sebelum ke peringkat negeri untuk pertandingan keselamatan jalan raya.

“Dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Jalan Raya pagi ini, kami telah membentuk satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Sarawak Traffic Games yang dipengerusikan oleh Timbalan saya, Datuk Dr. Jerip Susil.

“Jawatankuasa ini akan mengatur gerak semua program-program yang sepatutnya,” katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Taman Trafik Kenyalang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata kementerian sebelum ini telah melabur banyak terhadap pembinaan enam taman trafik di Sarawak sempena acara tahunan Shell Traffic Games yang lalu.

Taman-taman berkenaan terletak di Kuching, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Sarikei.

“Jadi untuk Sarawak Traffic Games nanti kita akan mulakan dengan enam taman trafik ini. Sekiranya sambutan acara menggalakkan, pembinaan taman serupa juga boleh dipertimbangkan untuk dibangunkan di bahagian-bahagian lain seluruh Sarawak.

“Acara sebegini boleh dijadikan sebagai projek jangka panjang untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya terutamanya kepada pengguna jalan raya yang muda,” ujarnya lagi.

Jelas beliau lagi, jawatankuasa yang diwujudkan untuk acara itu akan bertanggungjawab untuk kerja-kerja naik taraf ke atas enam taman sedia ada.

“Jawatankuasa juga akan mengusahakan untuk pembelian peralatan kerana setiap taman yang ada di sewajarnya memiliki satu set peralatan sendiri.

“Jawatankuasa pula bertanggungjawab untuk menjaga peralatan yang ada seperti kereta, basikal, papan tanda dan sebagainya,” tambahnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan