Tetapkan temu janji anda bersama Bong-Soon, setiap Isnin dan Selasa pada jam 8.45 malam, hanya di TVS, Saluran 122 Astro & MYTV. 

Strong Woman Do Bong Soon bakal tayang sekuel baharu tidak lama lagi

ByTiana Azni

KUCHING, 1 April: Peminat drama bersiri Korea atau lebih dikenali sebagai K-drama, pasti mengikuti drama romantik-komedi ‘Strong Woman Do Bong Soon’ yang dibintangi oleh Park Hyung-Sik dan Park Bo-Young.

Baru-baru ini, portal Soompi melaporkan bahawa K-drama itu bakal menayangkan sebuah sekuel baharu yang menceritakan tentang kehidupan sepupu Do Bong Soon, iaitu Kang Nam Soon.

Tambah portal itu lagi, Park Hyung-Sik dan Park Bo-Young akan mengadakan penampilan istimewa dalam sekuel tersebut. Pastinya peminat K-drama ternanti-nanti akan sekuel yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini. 

Saksikan Strong Woman Do Bong Soon di Saluran 122 dan MYTV

‘Strong Woman Do Bong Soon’ yang cukup terkenal pada tahun 2017 itu mengisahkan tentang Do Bong-Soon (lakonan oleh Park Bo-Young), dilahirkan dengan kuasa luar biasa turun temurun yang hanya diturunkan kepada wanita dalam keluarganya.

Setelah dewasa, Bong-Soon kemudian di upah oleh Min-Hyuk, (Park Hyung-Sik) untuk menjadi pengawal peribadinya setelah Min-Hyuk terlihat Bong-Soon mengalahkan sekumpulan samseng. 

Drama romantik-komedi ini kini telah mula ditayangkan di TVS untuk tontonan umum. 

Tetapkan temu janji anda bersama Bong-Soon, setiap Isnin dan Selasa pada jam 8.45 malam, di Saluran 122 Astro & MYTV. 

@tvs_entertainment

Saksikan Strong Girl Bong Soon hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV #TVS

♬ original sound – TVS Entertainment – TVS Entertainment

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found