Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 7 | Resipi ikan tenggiri pedas berkurma dan acar timun Sarawak

Aroma Sungkei Episod 7 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Rabu (29 Mac).

https://youtu.be/-7laTh-FNII
Dua masakan yang dipertontonkan ialah Ikan Tenggiri Pedas Berkurma dan Acar Timun Sarawak. Ingin nak berbuka puasa dengan dua hidangan ini? Kami sajikan resipinya untuk anda. Selamat mencuba!

Ikan Tenggiri Pedas Berkurma

Bahan-bahan:

2 ekor ikan tenggiri

7 bj kurma (buang biji)

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

7 biji cili padi

5 bj cili merah

3 asam keping

1 serai diketuk

2 helai daun salam

1 cawan santan

10g Bawang goreng

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang besar, bawang putih & cili padi
  2. 2. Tumis bahan kisar, letakkan asam keping & kurma
  3. 3. Masukkan serai yang diketuk & daun salam
  4. 4. Masukkan ikan tenggiri setelah bahan tumis naik bau
  5. 5. Letakkan santan dan 1/2 cawan air
  6. 6. Tunggu sehingga mendidih Sedia dihidang

 

Acar Timun Sarawak

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih

5 biji bawang merah

5g makan udang kering

5 biji cili padi

3 cm halia

3 biji buah keras

3 timun

2 lobak merah

2 biji cili merah

2 biji cili hijau

3 sudu makan cuka

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu kecil bijan sudah disangai

800gram keropok

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang putih, bawang merah, udang kering, cili padi & buah keras
  2. 2. Potong kecil memanjang lobak merah, timun, cili merah & hijau
  3. 3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, letakkan
  4. 4. 3 sudu makan cuka & serbuk kunyit
  5. 5. Masukkan lobak merah, timun dan cili yang sudah dipotong
  6. 6. Tunggu selama 3 minit
  7. 7. Masukkan bijan yang sudah disangai
  8. 8. Masak selama 3 minit
  9. 9. Sedia dihadang bersama keropok

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan