Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 6 | Resipi Asam Pedas Ikan Pari dan Udang Goreng Bijirin

ByTVS

Aroma Sungkei Episod 6 telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Selasa (28 Mac).

https://www.youtube.com/watch?v=Ica9PIJGzc0
Dua masakan yang dipertontonkan ialah Asam Pedas Ikan Pari dan Udang Goreng Bijirin. Nak cuba menyediakan dua hidangan ini? Jom ikuti resipi di bawah. Selamat berbuka puasa!

Asam Pedas Ikan Pri

Bahan-bahan:

6 biji bawang merah

2cm halia

2cm kunyit hidup

5 biji bawang putih

4 ketul ikan pari dipotong

Minyak

2 sudu kecil halba

1 batang serai

2 helai daun limau purut

1 mangkuk cili giling

1/4 air asam jawa

Garam

Gula

Cara memasak:

  1. 1. Kisar bawang halia, belacan, kunyit
  2. 2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  3. 3. Masukkan halba, cili giling & air asam jawa
  4. 4. Masukkan ikan pari
  5. 5. Biarkan sehingga masak
  6. 6. Sedia dihidang

 

Udang Goreng Bijirin

Bahan-bahan:

200g udang saiz sederhana

100g tepung gandum

4 ulas bawang putih

2 biji cili api

2 sudu makan marjerin

6 sudu makan bijirin (nestum)

2 tangkai daun kari garam gula

Cara memasak:

  1. 1. Cincang halus bawang putih
  2. 2. Potong kasar cili padi
  3. 3. Salutkan udang dengan tepung gandum
  4. 4. Panaskan kuali & masukkan marjerin
  5. 5. Tumis bawang putih cincang, cili dan daun kari
  6. 6. Masukkan bijirin nestum
  7. 7. Biarkan selama 2 minit
  8. 8. Masukkan udang goreng
  9. 9. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan