Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Jumaani Tun Tuanku Jaafar serta dif-dif kehormat merakam gambar kenang-kenangan bersama pelajar yang menerima bantuan Aidilfitri di DUN Sarawak. Foto: UKAS

Premier Sarawak serah sumbangan Aidilfitri kepada pelajar sekolah rendah di Kuching

ByYusuf Shukri

KUCHING, 29 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada 52 orang pelajar dan 13 orang guru daripada 13 buah sekolah rendah di sekitar kawasan Petra Jaya pada Rabu.

Sumbangan yang disalurkan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarawak itu telah memberi sedikit sinar buat para pelajar yang kurang berkemampuan daripada SK Rakyat Tupong, SK Rampangi, SK Pajar Sejingkat, SK Pasir Pandak, SK Pendidikan Khas (B) Kuching dan SK Pulo untuk meraikan lebaran nanti.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) bersama dif-dif kehormat beramah mesra sementara menunggu waktu berbuka puasa. Foto: UKAS

Penyerahan sumbangan berkenaan telah disempurnakan oleh Abang Johari serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Tarawih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, malam ini.

Ketukan bedok yang jarang-jarang sekali dilakukan pada era moden telah dilakukan menandakan masuk waktu berbuka puasa di Kuching ketika Majlis Berbuka Puasa di DUN Sarawak. Foto: UKAS

Abang Johari tiba di perkarangan DUN sekitar jam 6.30 petang bersama tetamu kehormat yang lain termasuk Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian serta isteri Datin Sri Enn Ong Siok, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan turut dihadiri penjawat awam, ketua masyakarat serta ketua kaum.

Majlis membuka tirai dengan ketukan ‘bedok’ tepat jam 6.50 petang menandakan waktu berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib, Isya dan solat Tarawih yang diimamkan  oleh Imam Besar Negeri Sarwak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Kira-kira 350 hadirin daripada pelbagai latar belakang dan agama turut memeriahkan majlis termasuk para pelajar yang menerima sumbangan berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan