Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Demonstrasi pemadaman api menggunakan alat pemadam api. Foto: BBP Lawas.

Warga SK Pusat Lawas teruja saksi demonstrasi padam kebakaran

LAWAS, 29 Mac: Seramai 571 orang pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Lawas teruja menyaksikan demonstrasi ciri keselamatan ketika menghadapi kebakaran serta meningkatkan kesedaran menghadapi bencana anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata program Ceramah Keselamatan Kebakaran, Pengungsian Bangunan dan Demonstrasi Pemadaman Alat Pemadam Api itu diadakan pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Azman Ibrahim berkata meskipun berpuasa warga SK Pusat Lawas kelihatan bersemangat menghadiri program tersebut.

Warga SK Pusat Lawas menjayakan Ceramah Keselamatan Kebakaran semalam. Foto: BBP Lawas.

“Kita tidak mahu bulan Ramadan dijadikan kekangan untuk masyarakat termasuk warga sekolah meningkatkan kesedaran tentang bahaya kebakaran.”

Malah, program ini dijalankan secara berterusan dalam mengurangkan risiko kemalangan membabitkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Azman latihan tersebut diadakan untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam aspek keselamatan kebakaran selain menjadikan mereka mahir dalam penggunaan sistem pepasangan keselamatan kebakaran.

Anggota bomba melakukan demonstrasi operasi penyelamatan. Foto: BBP Lawas.

Antara pengisian latihan termasuklah pengungsian bangunan (fire drill), ceramah sains kimia kebakaran, berhenti rebah dan guling serta demonstrasi pemadaman menggunakan alat pemadam api. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan