Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai penguat kuasa KPDN Sarawak menumpaskan kegiatan penjualan minyak masak paket bersubsidi dalam talian di Matang, Kuching pada Selasa. Foto: KPDN Sarawak

Lebih RM6 juta nilai sitaan menerusi 433 kes di bawah akta KPDN di Sarawak

KUCHING, 29 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak mencatatkan nilai sitaan RM6,156,160.91 menerusi 433 kes dihasilkan oleh penguat kuasa di bawah akta-akta KPDN.

Pengarahnya, Matthew Dominic Barin berkata nilai sitaan itu direkodkan menerusi 26,908 pemeriksaan dengan kompaun berjumlah RM307,558.00 dalam tempoh 1 Januari hingga 28 Mac tahun ini.

Bagi tempoh berkenaan juga, KPDN Sarawak merekodkan 76 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan jumlah nilai rampasan RM6,122,870.27 dan jumlah nilai kompaun adalah sebanyak RM223,800.00.

Menerusi kes terbaharu, KPDN Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penjualan minyak masak paket bersubsidi 1 kilogram dalam talian di premis perniagaan di Matang, di sini pada Selasa (28 Mac).

Minyak masak dianggarkan bernilai RM3,145.00 itu disita bagi tujuan siasatan di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Sepasukan pegawai penguat kuasa,KPDN Sarawak menjalankan pemeriksaan berdasarkan hasil risikan oleh pegawai penguat kuasa selama dua minggu atas aduan orang ramai,”  katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Jika pihak yang melakukan kesalahan merupakan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM2 juta bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM5 juta bagi kesalahan kedua.

Sekiranya bukan pertubuhan perbadanan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1 juta bagi kesalahan pertama atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya dan denda tidak melebihi RM3 juta bagi kesalahan kedua atau penjara tidak melebihi tempoh selama lima tahun atau kedua-duanya.

Matthew dalam pada itu berkata, pegawainya juga telah menjalankan 63 pemeriksaan ke atas pemegang lesen barang kawalan bagi memastikan keberadaan bekalan barang kawalan semasa Ramadan seperti gula, minyak masak bersubsidi, tepung gandum.

“Melalui Ops Pantau Bekalan sejak 23 Mac 2023, pemeriksaan dijalankan bagi memastikan peniaga yang terlibat mematuhi Akta Bekalan 1961 serta peraturan di bawahnya,” ujarnya.

Masyarakat dipohon menjadi mata dan telinga bagi membantu kementerian dengan menghulurkan maklumat sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi bagi memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi menyebabkan kerugian besar kepada rakyat dan Negara.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan yang lengkap kepada pihak Kementerian melalui saluran WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan