Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azhan Rani ditemui ketika penggambaran filem 'Tebus', baru-baru ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Industri perfileman Sarawak perlu lebih ramai penyertaan belia – Pelakon Azhan Rani

ByNazirah Adlina

KUCHING, 29 Mac: Industri perfileman Sarawak yang semakin berkembang dan maju memerlukan lebih ramai muka baharu terutama dalam kalangan belia.

Pelakon, Azhan Rani berkata, pembabitan lebih ramai bakat baharu amat penting dalam memastikan industri perfileman terus mempunyai pelapis sekali gus memajukan lagi industri ini di Sarawak.

Industri perfileman perlu pelapis baharu.

Sebagai individu yang sudah lama berkecimpung dalam bidang lakonan, beliau gembira melihat ramai belia kini berani tampil menyerlahkan bakat dan kemahiran mereka.

Menurutnya, kepesatan pembangunan di bandar raya Kuching turut menyaksikan perkembangan positif penerbitan drama dan filem di Sarawak.

“Kita memerlukan lebih ramai, bukan sahaja muka di hadapan tabir (pelakon) tetapi di belakang tabir (produksi) juga dan saya rasa Sarawak dalam era penyediaan itu.

“Mungkin selepas ini kita boleh gunakan seratus peratus tenaga belakang tabir dari Sarawak dan ini memberi ruang dan kerjaya kepada mereka yang berminat,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem terbaru arahan Jason Chang ‘Tebus’ yang dirakam sepenuhnya di Sarawak baru-baru ini.

Selain itu beliau turut menyifatkan sudah tiba masanya industri perfileman mencari pelapis baharu untuk menjiwai watak-watak muda memandangkan kebanyakan pelakon termasuk dirinya kian meningkat umur.

“Saya pun semakin meningkat umur. Saya dan rakan-rakan seangkatan pun dah mula jadi ‘bapa-bapa’ dan ‘atok-atok’. Kita memerlukan pelapis dan kita tidak boleh menidakkan bakat-bakat baharu,” ujar Azhan.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai banyak sekolah lakonan yang memberi peluang kepada bakat-bakat baharu berkecimpung dan memilih bidang seni atau bidang drama dan filem sebagai bidang kerjaya.

Mengenai perancangan beliau selepas ini, Azhan memberitahu beliau kini terlibat dalam sebuah drama baharu untuk TVS.

Beliau berhasrat untuk terus bekerjasama dengan produksi Sarawak selepas ini.

“Saya sudah merakamkan satu drama TVS di Semenanjung dan Insya-Allah akan disiarkan nanti dan saya harap bukanlah peluang terakhir saya bersama TVS dan apa-apa pun penerbitan di Sarawak ini,” ujarnya.

Beliau turut berharap berpeluang meneroka pedalaman Sarawak untuk tontonan di televisyen yang memberi peluang kepada orang ramai melihat Sarawak secara menyeluruh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan