KUCHING, 28 Mac: Sarawak Foresty Corporation (SFC) meneruskan langkah konservasinya dengan mewujudkan Pusat Perlindungan Buaya bagi menangani kehadiran sang bedal atau buaya di daratan.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, menerusi langkah itu ia dapat mengimbangkan ekosistem reptilia tersebut sehingga mengancam keselamatan penduduk yang tinggal di kawasan sungai.
“Jadi pada masa ini kita dalam perancangan untuk mengadakan program Pusat Perlindungan Buaya di mana kawasan-kawasan yang dikhaskan untuk pembiayakan buaya liar, banyak program pendidikan yang dijalankan SFC supaya konflik manusia dan buaya dapat dikurangkan,” kataya ketika mengadakan sidang media Majlis Penyampaian Sumbangan PUSAKA kepada penduduk Tanjung Manis di Kuching, hari ini.
Beliau berkata, pendidikan merupakan aspek yang penting untuk mengurangkan masalah itu, tetapi Sarawak masih menggunakan sungai sebagai sumber pendapatan kehidupan.
“Setakat ini beberapa kawasan sungai telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai Pusat Perlindungan Buaya, dengan mewujudkan pusat ini ia dapat memberi kebenaran memburu dan membunuh spesies terlindung itu,” ujarnya.
Beliau yang juga Pengerusi SFC berkata, Sarawak telah mengeluarkan hampir 100 permit untuk memburu dan memusnahkan buaya tetapi hasilnya masih diabaikan. -TVS