Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kod QR yang memudahkan pengunjung untuk mendaftar. Foto: Facebook SFC

SFC lancar kod QR untuk pengunjung mudah daftar masuk taman negara

ByNina Azman

KUCHING, 28 Mac: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) melancarkan Portal Pendaftaran Sendiri Pelawat dengan menggunakan kod QR.

Inisiatif berkenaan diumumkan SFC menerusi satu hantaran Facebook rasminya hari ini bertujuan untuk memudahkan urusan pendaftaran pelawat yang berkunjung ke beberapa taman negara di sekitar bandar raya ini.

Menurut hantaran tersebut, kemudahan berkenaan boleh digunakan bermula 1 April depan.

“Pelawat hanya perlu mengimbas kod QR sebagai mendaftar untuk mengunjungi taman negara seperti Pusat Hidupan Liar Semenggoh, dan Taman Negara Bako dan banyak lagi,” kata SFC.

SFC menjelaskan Kod QR itu akan dilampirkan di bawah atau di pintu masuk taman pilihan bagi memudahkan pengunjung.

“Portal kod QR tersebut memudahkan pengunjung dengan mengurangkan masa pendaftaran untuk melawat tempat-tempat menarik di Sarawak,” jelas hantaran terbabit lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan