Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen. Foto: Twitter Anwar Ibrahim

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan – PM Anwar

ByBernama

PHNOM PENH, 28 Mac: Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pihak Kedutaan Malaysia di sini akan menguruskan pembebasan kesemua 12 individu berkenaan hari ini.

“Ini maklumat terbaharu yang diterima, selain daripada yang diumumkan sebelum ini, berita terbaharu ada 12 lagi berjaya dibebaskan,” katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi sehari ke Kemboja semalam.

Pada sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja Hun Sen petang tadi, Anwar berkata setakat ini 287 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan berjaya dibawa pulang ke tanah air.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim memberitahu Bernama berdasarkan maklumat yang diterima, kesemua 12 individu itu berada dalam senarai nama yang dilaporkan hilang.

Beliau berkata pihaknya akan ke lokasi mangsa esok untuk urusan membawa pulang semua mereka.

“Sekiranya keluarga telah melengkapkan semua dokumen termasuk tiket penerbangan balik, mungkin semua mangsa dapat pulang ke tanah air pada hari Sabtu atau Ahad,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan