Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu. Foto TVS.

Parlimen: Segera atasi jurang sekolah bandar dengan luar bandar – Dr Richard

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Usaha mengecilkan jurang membabitkan sekolah bandar dengan luar bandar perlu dilakukan segera oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Betong, Dr. Richard Rapu berkata, dalam soal ini beliau melihat perkara utama yang boleh dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ialah dengan menghantar guru yang berkualiti ke kawasan luar bandar.

Baca artikel berkaitan >>> Parlimen: KPM sedar wujud ruang sekolah bandar dengan sekolah luar bandar

Kata beliau, khidmat guru berkenaan diperlukan untuk mengisi pelbagai jawatan penting di sekolah – sekolah di luar bandar.

“Di Sarawak kalau boleh kita mahu guru yang berasal dari wilayah itu yang berpengalaman untuk mengajar di kawasan luar bandar,” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying yang mengakui kementerian menyedari wujud ruang dalam pelbagai aspek membabitkan sekolah bandar dengan sekolah luar bandar di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Dr Richard berkata, perbezaan yang wujud melibatkan dua kategori sekolah berkenaan juga boleh dikecilkan menerusi penyediaan prasarana yang mencukupi oleh kerajaan.

Katanya, kelengkapan pengajaran dan pembelajaran termasuk komputer dan teknologi maklumat (ICT) mesti dipertingkatan di sekolah – sekolah di luar bandar.

“Begitu juga dengan alat mengajar yang digunakan oleh guru di sekolah luar bandar perlu ditambah supaya sekolah kategori ini mendapat kemudahan yang setanding di sekolah – sekolah yang berkualiti di Kuala Lumpur,” katanya.

Menurut Dr Richard, sekiranya usaha berkenaan dilaksanakan, ia diyakini dapat mengecilkan jurang yang diperkatakan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan