Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MT Kristin Surabaya terbakar di perairan Pantai Ampenan, sekitar Depoh Pertamina Ampenan, Kota Mataram, Indonesia pada Ahad. Foto: Pejabat SAR Mataram

Kapal pengangkut minyak terbakar, tiga orang terperangkap

ByTVS

JAKARTA, 26 Mac: Kapal tangki MT Kristin Surabaya yang membawa muatan minyak terbakar di perairan Pantai Ampenan, sekitar Depoh Pertamina Ampenan, Kota Mataram, NTB pada petang semalam.

Daripada 17 mangsa yang terdiri daripada anak kapal dan kapten kapal, tiga orang masih terperangkap di atas kapal itu manakala 14 lagi berjaya diselamatkan.

Ketua Polis Daerah Mataram, Mustofa berkata, kapal itu mengalami kebakaran di bahagian hadapan dan meletup.

“Berdasarkan laporan yang kami terima, kebakaran berpunca di bahagian hadapan kapal sebelum mengeluarkan asap tebal yang mengakibatkan kapal berkenaan meletup,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, nelayan yang berada di kawasan berhampiran menghampiri lokasi kapal yang terbakar untuk menghulurkan bantuan dan menyelamatkan kesemua mangsa bersama pasukan mencari dan menyelamat.

Setakat pukul 9 malam tadi, api berjaya dipadamkan dan usaha penyejukan dilakukan dengan segera supaya pasukan mencari dan menyelamat dari Mataram dapat mengesan mangsa terperangkap.

Kapal itu mengangkut 5,900 liter bahan bakar Pertalite atau RON 90 yang dijadual untuk diturunkan ke Teluk Benoa, Bali tetapi dilencongkan di Depoh Pertamina Ampenan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan