Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Ahli Parlimen Bukit Saban, Dr Richard Rapu melawat tapak projek STOLport Bebuling, Spaoh. Foto: Dr Richard Rapu (Facebook)

Projek lapangan terbang Bebuling dijangka siap 2024

ByNazirah Adlina

KUCHING, 26 Mac: Projek lapangan terbang landasan pendek (STOLport) Bebuling sedang giat dijalankan serta berjalan dengan lancar dan dijangka akan siap dibina Januari 2024.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau berpuas hati dengan kemajuan projek tersebut yang mana sebahagian besar tapak projek sudah disimen.

“Projek yang menelan belanja RM296 juta ini dijangka siap pada Januari tahun depan, landasan bagi STOLport itu telah dinaik taraf daripada 750 meter kepada 1.2 kilometer,” katanya selepas melawat beberapa projek besar di Spaoh, Betong, semalam.

Menjelas lanjut, katanya, projek yang sama di Bukit Mabong akan terus ditangguhkan berikutan mesyuarat jawatankuasa penyelarasan pembangunan negeri di Kapit masih mengkaji keadaan lapangan itu dengan teliti.

“Projek yang bernilai RM193 juta ini masih tidak mempunyai bekalan elektrik serta bekalan air dan ia diperlukan untuk melaksanakan projek ini.

“Jadi strateginya ialah bawa masuk semua ini dahulu barulah kita boleh mula membinanya dan semua yang perlu dibina,” ujarnya.

Katanya, di bawah Pejabat Daerah Bukit Mabong, terdapat beberapa projek seperti Pejabat Daerah baharu, perumahan penjawat awam tetapi kawasan itu tidak mempunyai bekalan air atau elektrik.

Menyentuh mengenai perkembangan projek jambatan Spaoh, beliau yakin projek yang bernilai RM36.9 juta tersebut akan siap mengikut jadual.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil bagi kontraktor yang gagal melaksanakan projek pembangunan di Bahagian Betong dan seluruh negeri secara amnya.

“Kami sangat ketat dengan standard kami yang mesti mereka patuhi untuk mengelakkan penamatan yang tidak perlu. Mereka perlu mematuhi obligasi kontrak mereka kerana rakyat yang menerima dan kerajaan tidak sabar-sabar menunggu kejayaannya,” tegasnya.

Beliau menambah kementeriannya dan JKR negeri akan sentiasa membuat pemantauan bagi projek-projek pembangunan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan