Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri(belakang,tengah) bergambar bersama murid-murid dari kawasan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu yang juga penerima sumbangan Bantuan Baju Raya pada Program Kasih Ramadan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di Lundu. Foto: TVS

JKM tunggu siasatan polis selesai sebelum ambil tindakan bantu 3 beradik

LUNDU, 26 Mac: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih menunggu siasatan polis selesai sebelum memutuskan sebarang tindakan lanjut penjagaan tiga beradik yang dipercayai menjadi mangsa dera di Perlis.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, sebarang kenyataan awal berkenaan kes terbabit dikhuatiri akan mengganggu atau menjejaskan proses siasatan pihak polis.

Bagaimanapun, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai kes tersebut dan langkah awal termasuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak terbabit akan dilakukan segera.

“Biasanya kalau kami hantar mangsa-mangsa ini ditempat perlindungan memang kami perlu rahsiakan kerana kami perlu lindungi mereka daripada pihak yang telah melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka.

“Kami juga tidak mahu mereka tahu di mana mangsa-mangsa ini ditempatkan untuk diberikan perlindungan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program Kasih Ramadan Yayasan Kebajikan Negara di sini, hari ini.

Seramai 50 murid dari kawasan Pejabat Pendidikkan Daerah Lundu menerima sumbangan Bantuan Baju Raya sempena program tersebut.

Terdahulu, polis Perlis menahan dua suspek iaitu seorang wanita dan lelaki di jalan Kampung Tambun Tulang Simpang Empat bagi membantu siastan berkaitan tiga beradik yang di percayai menjadi mangsa dera.

Ketiga-tiga kanak-kanak terbabit yang berusia lingkung 13 hingga 16 tahun ditemui orang awam dengan kaki masih berantai ketika melarikan diri dari rumah di kampung berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan