Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman dan Datuk Hasbi bersama penduduk Kampung. Foto: Pusat Khidmat n.79 Bukit Kota

Program Badudun Ramadan terjemah hubungan rapat pemimpin dan rakyat di Limbang

LIMBANG, 26 Mac: ‘Pemimpin dan rakyat berpisah tiada’, itu gambaran jelas yang ditonjolkan pada Program Badudun (Ziarah) Ramadan yang dilaksanakan sejak 17 tahun lalu di Limbang dalam menterjemahkan hubungan mesra antara pemimpin bersama rakyat di daerah Limbang.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail berkata, Program Badudun (Ziarah) Ramadan yang dilaksanakan sejak 17 tahun lalu di daerah ini akan diteruskan untuk mengukuhkan ukhuwah antara pemimpin, agensi kerajaan dan penduduk kampung sekali gus mengimarahkan lagi ketibaan bulan Ramadan Al Mubarak.

Datuk Hasbi menyerahkan cenderamata kepada Ketua Kampung Telahak, Sahdan Mohidin. Foto: Pusat Khidmat N.79 Bukit Kota

“Program Badudun Ramadan ini telah dilaksanakan sejak 2006 sehingga sekarang iaitu mencecah 17 tahun penganjuran dengan menziarahi beberapa buah masjid dan surau di Limbang,” kata Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota.

Program tahunan sempena sambutan bulan Ramadan ini bermula di Masjid Nurul Iman Kampung Telahak malam tadi dengan pengisian majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung bersolat Maghrib, Isya, Tarawih dan tazkirah yang dipimpin oleh Imam Bahagian dari Pejabat Agama Islam Bahagian Limbang, Ustaz Abdul Rahman Iqbal Aldi.

Program anjuran Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Limbang (JKTPIL ) amat bermakna buat masyarakat Islam setiap kali menjelang Ramadan yang menonjolkan hubungan mesra dan rapat antara pemimpin dan rakyat.

Selain Dr. Abdul Rahman program berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah, Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang merangkap Timbalan Pengerusi JTPIL, Ustaz Awang Abdul Rahim Awang Rosely, Pemangku Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Limbang, Mahathir Jokeni dan
ketua masyarakat Islam lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan