Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tornado melanda penduduk di seluruh Mississippi tengah. Foto: Reuters

25 terbunuh, taufan badai Mississippi

ByBernama

ANKARA, 26 Mac: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam kejadian puting beliung di negeri Mississippi pada lewat Jumaat.

Sementara itu, empat lagi hilang, lapor Agensi Anadolu memetik kemas kini Agensi Pengurusan Kecemasan Mississippi menerusi Twitter pada Sabtu.

“Pelbagai agensi dan rakan kongsi negeri bekerjasama membantu dalam misi bantuan,” menurut agensi itu.

Agensi itu turut memberi amaran mengenai kemungkinan ribut yang lebih kuat serta angin kencang diramal melanda di daerah-daerah di seluruh Mississippi pada petang Ahad.

Gabenor Tate Reeves turut mengisytiharkan darurat di daerah yang dilanda ribut.

“Kami akan memanfaatkan segala sumber yang ada untuk membantu. Kami akan berada di sini untuk tempoh masa yang panjang,” ciap Reeves di Twitter.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menulis di Twitter: “Jill dan saya berdoa untuk mereka yang kehilangan orang tersayang dalam puting beliung yang dahsyat di Mississippi dan mereka yang kehilangan orang tersayang.”

“Kami akan melakukan segala yang kami mampu untuk membantu. Kami akan bekerjasama untuk memberi sokongan yang anda perlukan selama mana yang diperlukan,” tambah Biden. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan