Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bomba berjaya membuka pintu kereta sebelum mengeluarkan mangsa untuk rawatan lanjut. Foto: BBP Sarikei

Terima kasih Abang Bomba!

SARIKEI, 26 Mac: Pasukan bomba hanya mengambil masa dua minit untuk menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang ‘terkunci’ di dalam kereta di Jalan Jelutong di sini, semalam.

Insiden pada jam 12.40 tengah hari itu disedari orang ramai sebelum menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.48 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa berusia 66 tahun masih berada di dalam kenderaan itu dalam keadaan separuh sedar.

“Kita menggunakan beg udara mini untuk membuka pintu kereta itu sebelum berjaya mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi.

Mahmudin berkata, sebaik sahaja berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pasukan paramedik sebelum dikejarkan ke hospital.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.56 tengah hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan