Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al-Kawthar Gedong, Julkepli Net. Foto: TVS

Abang Johari agih sumbangan kepada 12 masjid dan surau di zon Gedong

ByLuqman Muhammad

GEDONG, 25 MAC: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengagihkan sumbangan kepada dua buah masjid dan sepuluh buah surau bagi kegunaan rumah ibadat masyarakat islam di zon Gedong hari ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Kawthar Gedong, Julkepli Net, sumbangan itu bertujuan untuk mengimarahkan rumah ibadah dengan aktiviti keagamaan di kariah masing-masing sepanjang bulan ramadan kali ini.

“Pastinya masjid dan surau di kawasan ini amat bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh wakil rakyat kami di kawasan ini.

“Sumbangan ini dapat kita gunakan untuk melaksanakan program-program ilmiah dan untuk kita meriahkan masjid dan surau kita di sini,” kata Julkepli ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada Abang Johari pada Majlis Berbuka Puasa di sini, pada Sabtu.

Antara masjid dan surau yang menerima sumbangan daripada Abang Johari adalah Masjid Al-Kawthar, Masjid Darul Iman, Surau Nur Addin, Surau As-Sobirin, Surau Darul Islam, Surau Nurul Islam, Surau Darul Madinah,Surau As-Syakirim, Surau At Muttaqin, Surau Nurul Hidayah,Surau Darul Ibadah dan Surau At Taibin.

Pada majlis tersebut Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong berkesempatan menunaikan solat fardu Maghrib dan Isyak seterusnya melaksanakan solat sunat tarawih bersama masyarakat Islam di kawasan berkenaan.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki , Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Datuk Mohd Naroden Majais.

Terdahulu, Abang Johari dan rombongan menaiki bas dari Kuching ke Gedong mengakhiri majlis itu dengan sesi moreh sejurus selesai menunaikan solat sunat tarawih. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan