Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 yang berlangsung bermula 24 Mac hingga 2 April 2023 bertempat di Bintang Megamall Miri. Foto: TVS

Festival Kraf Kebangsaan 2023 di Miri sasar RM400,000 hasil jualan

MIRI, 25 Mac: Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 menganggarkan sekitar RM400,000 hasil jualan akan diperoleh sepanjang sepuluh hari ia berlangsung di sini. 

Menurut Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi, Mohd Naqiuddin, FKK yang diadakan di Bintang Megamall Miri bermula semalam, (24 Mac) akan berakhir 2 April depan.

Beliau optimis FKK  akan membuka peluang kepada usahawan kraf tempatan serta dari Semenanjung dan Sabah bagi memasarkan produk mereka di Miri.

Mohd menambah FKK juga antara program promosi yang diadakan bersempena dengan Hari Kraf Kebangsaan anjuran Kraftangan Malaysia Cawangan Sarawak.

Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 yang berlangsung bermula 24 Mac sehingga 2 April 2023 bertempat di Bintang Megamall Miri. Foto: TVS

“Penyertaan usahawan pada kali ini ialah seramai 38 orang terdiri daripada usahawan Sarawak, usahawan Sabah dan ada juga dari Semenanjung yang bertemakan dan mengetengahkan konsep penggunaan harian produk kraf.

“Saharan festival untuk kali ini ialah mempromosikan dan memperkenalkan produk-produk kraf kepada orang ramai terutamanya di Miri. Mengikut perancangan kami, kami akan mempromosikan kraf Malaysia di setiap bandar utama di Sarawak seperti di Kuching, Sibu, Bintulu dan Mir,” katanya ketika ditemui pada Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 di Bintang Megamall Miri pada Sabtu.

Festival Kraf Kebangsaan (FKK) 2023 yang berlangsung bermula 24 Mac sehingga 2 April 2023 bertempat di Bintang Megamall Miri. Foto: TVS

Untuk rekod, seramai 38 orang usahawan kraf telah menyertai Festival Kraf Kebangsaan 2023 Negeri Sarawak ini merangkumi mereka yang menghasilkan kraf hasil rimba, tesktil, aneka kraf, kraf hasil logam dan kraf hasil tanah.

Selain itu, promosi Jum Masuk Institut Kraf Negara (IKN) juga turut dijalankan pada FKK 2023 ini bagi mereka yang berminat untuk menyertai dan belajar dalam bidang tenunan songket dan tenunan pua. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan