https://youtu.be/D13f873li7k
Aroma Sungkei Episod 3 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Sabtu (25 Mac).
Pais Ikan Kembung
Bahan-bahan:
6 ekor ikan kembung saiz kecil
Daun kunyit
Bunga kantan
Daun pisang secukupnya
6 ulas bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi merah
1 sudu makan asam jawa
Sedikit garam & perasa
Cara memasak:
- 1. Kisar bawang putih, bawang merah, kunyit, halia dan cili merah
- 2. Mayang halus bunga kantan & daun kunyit
- 3. Campurkan bahan kisar dengan bahan yang dimayang halus bersama ikan kembung
- 4. Campurkan sedikit asam jawa
- 5. Masukkan garam secukup rasa dan bungkus dengan daun pisang
- 6. Masak selama 5 minit disetiap belah
- 7. Sedia dihidang.
Bebola Keria Gula Apong
Bahan-bahan:
1/2 kg keledek oren
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sdb tepung beras
1 sdm marjerin
1 sdk baking powder
150 g gula apong
1 sdb gula kastor
5 sdb air
Garam
Cara memasak:
- 1. Campurkan marjerin terlebih dahulu
- 2. Seterusnnya, masukkan kesemua bahan kering ke dalam keledek rebus
- 3. Uli keledek rebus sehingga sebati
- 4. Bentukkan bulat & masak ke dalam minyak panas
- 5. Masakkan gula apong & air sehingga sebati
- 6. Boleh salut gula apong bersama keria yang sudah digoreng
- 7. Sedia untuk dihidang.
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS