Aroma Sungkei Episod 4 sudah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Ahad (26 Mac).
Nasi Arab Mandy Ayam
Bahan-bahan:
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil bunga cengkih
8 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 helai daun salam kering
Bahan-bahan untuk nasi mandy:
2 cawan beras basmathi air secukupnya untuk rendam
3-4 sudu besar minyak sapi
½ biji bawang holland
5-6 ulas bawang putih
3 tangkai cili hijau
1 – 1 ½ sudu besar rempah mandi
6 cawan stok rebusan ayam
1 genggam kecil kismis hitam
Garam secukup rasa
Bahan-bahan untuk rebusan ayam:
2-3 sudu besar minyak masak
2 helai daun salam
1 batang kayu manis
2 sudu kecil lada hitam
½ biji bawang holland
10 cawan air
1 kiub ayam
1 ekor ayam
1 sudu besar rempah mandy
Bahan-bahan untuk sapuan ayam:
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu kecil serbuk smoked paprika/serbuk cili
Sedikit pewarna kuning
1 sudu besar jus lemon
½ sudu besar rempah mandi
Cara memasak:
- 1. Sangai sehingga naik bau bahan kering: biji ketumbar,jintan hitam, lada hitam, buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih & daun salam
- 2. Kisar bahan kering yang telah disangai
- 3. Rendam beras basmathi
- 4. Tumis bawang holland dimayang halus
- 5. Letakkan 2 helai daun salam
- 6. Letakkan air dan masukkan ayam untuk direbus
- 7. Masukkan sekali rempah yang sudah dikisar
- 8. Ketepikan ayam yang sudah dimasak
- 9. Simpan air rebusan ayam
- 10. Masukkan 2 sudu minyak zaitun ke dalam mangkuk kecil
- 11. 1 sudu kecil serbuk paprika
- 12. 3 titis pewarna makanan
- 13. 2 sudu jus lemon 1/2 sudu rempah mandy yang dikisar
- 14. Sapu dipermukan ayam yang direbus
- 15. Masukkan 3 sudu minyak sapi dalam periuk
- 16. Bawang holland & putih yang dipotong dadu
- 17. Cili hijau yang dipotong
- 18. 1 sudu 1/2 rempah mandy
- 19. 4 cawan stok ayam
- 20. 1 genggam kismis hitam
- 21. 2 cawan beras basmathi
- 22. Letakkan sedikit garam sebagai penampah perasa
- 23. Tunggu sehingga masak & siap dihidang dengan ayam
- 24. Sedia dihidang
Sambal Tempe Ikan Bilis
Bahan-bahan:
100g pek tempe
1 mangkuk ikan bilis
1 ulas bawang putih
7 biji bawang merah
3 sudu besar cili kisar
2 sudu gula
Cara memasak:
- 1. Tumis bawang yang dicincang halus
- 2. Masukkan cili boh sehingga naik bau
- 3. Masukkan sedikit gula & masak dalam 3 minit
- 4. Masukkan tempe & ikan bilis yang sudah digoreng
- 5. Sedia dihidang
Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.
Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di Facebook, Instagram dan TikTok. – TVS