Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lee semasa mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam yang melalui jalan di hadapan Kolej Komuniti Miri hari ini. Foto: TVS

Kolej Komuniti Miri agih 800 pek bubur lambuk kepada orang ramai

Miri, 25 Mac: Sebanyak 800 pek bubur lambuk diagihkan oleh Kolej Komuniti Miri kepada penduduk setempat dalam usaha mengimarahkan bulan Ramadan kali ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin yang turut menyertaikan program agihan mengakui aktiviti amal itu sebagai satu usaha yang terpuji sempena bulan puasa ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kolej Komuniti kerana menjemput saya untuk bersama-sama dengan mereka menyampaikan bubur lambuk di depan Kolej Komuniti ini,

“Ini adalah satu usaha kolej dan pelajar untuk memasak bubur lambuk dan juga mengadakan aktiviti amal sempena bulan puasa ini,” ujarnya.

 

Foto: TVS

Beliau berkata demikian semasa Program Agihan Bubur Lambuk di Kolej Komuniti Miri di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Miri, Hazzata Morshidi berkata, program tersebut diadakan selain bertujuan membantu golongan yang kurang berkemampuan pada masa sama turut memupuk silaturahim antara staf kolej bersama pelajar.

“Diharapkan juga dengan aktiviti ini kami dapat mempromosi Kolej Komuniti kepada penduduk setempat,” katanya.

Foto: TVS

 

Selain agihan kepada penduduk setempat, Kolej Komuniti Miri juga telah mengagihkan bubur lambuk kepada Rumah PERYATIM Permyjaya, Pusat Tahfiz Lutong dan Masjid Ar-rayyan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan