Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat pusat pemindahan sementara Dewan Kampung Sungai Bedaun, Kuching ketika banjir baru-baru ini. Foto fail: Muqri Aziz (TVS)

Sarawak peruntuk RM29.6 juta selenggara sungai, saliran di luar bandar

ByAmirah Shawel

BETONG, 25 Mac: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM29.6 juta bagi kerja penyelenggaraan sungai dan longkang sebagai inisiatif mengurangkan risiko banjir kilat di kawasan luar bandar.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan bagi pelan jangka pendek berkenaan telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) turut memaklumkan projek akan dilaksanakan dengan kadar yang segera sebelum musim tengkujuh akan datang.

“Setelah berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak, kita telah mengenal pasti punca utama banjir terutamanya di kawasan luar bandar adalah sungai dan longkang yang tidak bersih sehingga menyekat aliran air.

“Namun begitu, kita tidak pasti sama ada dapat membersihkan kesemua sungai dan saliran sekali gus,” katanya ketika ditemui pemberita pada lawatan rasminya ke Bahagian Betong hari ini.

Mengulas mengenai fenomena banjir kilat yang berlaku di kawasan bandar, satu tindakan susulan akan dilaksanakan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengurangkan risiko banjir kilat.

Beliau mengakui bahawa sistem perparitan yang tidak strategik sering membawa kepada masalah banjir kilat di kawasan bandar.

“Kerajaan Sarawak juga akan menetapkan pelan induk jangka Panjang bagi menyelesaikan isu yang kerap berulang ini. Menyelenggara sungai sahaja tidak mencukupi,” katanya.

Menyentuh Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sarawak yang diumumkan oleh kerajaan Persekutuan sebelum ini, Uggah berkata kerajaan negeri masih lagi menunggu keputusan bagi keseinambungan pelaksanaannya.

“Dulu memang satu pakej sahaja yang dijalankan namun selepas itu tidak disambung. Ini adalah projek di bawah kerajaan Persekutuan jadi kita masih menunggu,”  katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan