Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Foto: Dr Asyraf Wajdi Dusuki (FB).

30 peratus pelajar MRSM berbayar mungkin dari keluarga B40

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Kira-kira 30 peratus pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar berkemungkinan melibatkan pelajar daripada keluarga B40.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka ini merupakan kumpulan pelajar yang mendapat tajaan daripada badan-badan korporat.

“Penubuhan MRSM berbayar ini kelak bukan hanya untuk golongan T20 tetapi mungkin dalam 30 peratus kita akan ambil pelajar daripada golongan B40 yang mendapat tajaan badan-badan korporat seperti Yayasan Pelajaran MARA.

“Kita akan kaji dari semua aspek termasuk bagaimanakah orientasinya hendak dilaksanakan dan kita juga turut mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (Ansara) yang mahu MRSM berbayar ini kekal berorientasikan Ulul Albab,” katanya pada sesi dialog Pengerusi MARA dan majlis berbuka puasa bersama media di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan penubuhan MRSM berbayar itu tidak akan terpesong daripada landasan asal penubuhan institusi berkenaan untuk membantu anak golongan B40.

Menurutnya, idea penubuhan MRSM tersebut bukanlah cadangan baharu, sebaliknya sudah ada dalam kajian pihak Mara sebelum ini.

Asyraf Wajdi berkata, dasar pengambilan pelajar MRSM ketika ini adalah 60 peratus daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dan selebihnya diberikan kepada pelajar daripada keluarga M40 dan T20.

“Saya lihat tuntutan dan harapan masyarakat pada MRSM begitu tinggi, tahun ini sahaja seramai 90,000 permohonan yang diterima sedangkan kita cuma ada kira-kira 7,100 tempat sahaja.

Pada Isnin lepas, Asyraf Wajdi memuat naik hantaran di Facebooknya dengan mencadangkan agar MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan