Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khirudin Drahman mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang melalui Balai Bomba dan Penyelamat Padungan semalam. Foto: TVS

Bomba dan SABERKAS tidak ketinggalan agih bubur lambuk

KUCHING, 25 Mac: Bubur lambuk merupakan hidangan yang sangat popular sepanjang bulan Ramadan dan sering diagihkan kepada orang ramai dengan tujuan bersedekah.

Tidak ketinggalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) turut mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini dengan mengadakan program pengagihan bubur lambuk di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datuk Khirudin Drahman berkata, beliau berterima kasih kepada SABERKAS kerana memilih jabatan itu sebagai rakan strategik bagi Program Pengagihan Bubur Lambuk Saberkas.

“Merujuk kepada majlis kita pada hari ini saya ingin berterima kasih kepada SABERKAS kerana satu penghargaan kepada abang-abang dan kakak-kakak bomba yang bersama-sama dengan kita. Keseluruhan dengan perkhidmatan kita, memberi perkhidmatan kepada masyarakat. Sebab itu saya menyebut ikoniknya, bila orang memerlukan bantuan, kita beri bantuan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pengagihan Bubur Lambuk SABERKAS semalam.

Pada masa yang sama Khirudin juga memberi jaminan jabatan itu akan terus mempergiatkan usaha dalam membela masyarakat berdaya tahan di seluruh Sarawak.

Tambah beliau, bukan sahaja jabatan tersebut memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan orang ramai, malah rakyat juga perlu memainkan peranan mereka dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara.

Turut hadir bersama bekas Pengerusi SABERKAS Cawangan Padungan Rudi Affendi Khalik dan Pengerusi SABERKAS Cawangan Padungan yang baru dilantik Dr. Yaw Liang Cheong.

Untuk rekod, pada program itu, sebanyak 1,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada orang ramai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan