Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain pada majlis penyerahan tiga Toyota Mirai di Kuching, baru-baru ini. Foto fail: TVS

Sarawak tidak beli lima kereta hidrogen, ia pemberian UMW Toyota – Abang Johari

KUCHING, 24 Mac: Toyota Mirai, kereta hidrogen, yang diserahkan kepada para pemimpin di Sarawak bukan dibeli tetapi diberi kepada kerajaan negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, lima kereta hidrogen itu diberi UMW Toyota kerana Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai fasiliti pengisian hidrogen.

“Kerajaan negeri tidak membeli, tetapi kerana negeri ini adalah satu-satunya negeri yang mempunyai kemudahan hidrogen UMW Toyota memberi kepada kerajaan untuk mempromosikan tenaga hijau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel berkaitan di sini: 

  1. 1. SEDC Energy serah tiga kereta hidrogen untuk kegunaan Timbalan Premier Sarawak
  2. 2. Lima kereta hidrogen di Sarawak

Beliau mengulas mengenai dakwaan satu pihak yang mempersoalkan pemilikan kereta berteknologi tinggi itu.

Pada Rabu lepas, Abang Johari menyaksikan majlis penyerahan tiga kereta Toyota Mirai untuk kegunaan tiga Timbalan Premier Sarawak – Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Sarawak miliki fasiliti pengisian hidrogen

Setakat ini, terdapat lima kereta hidrogen di Sarawak yang masing-masing sebuah untuk kegunaan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Abang Johari dan tiga lagi untuk Timbalan Premier Sarawak. 

Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata kereta itu sebenarnya untuk Kerajaan Persekutuan tetapi di Semenanjung Malaysia tidak ada stesen hidrogen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan