Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan perbincangan bersama Setiausaha MDMJ, Wan Mohammad Wan Badhi di Bintangor. Kelihatan sama, Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kandawang. Foto TVS.

Senarai jalan raya Meradong dalam MARRIS giat dijalankan

BINTANGOR, 25 Mac: Usaha menyenaraikan jalan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) sedang giat dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, langkah itu amat penting untuk mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi tujuan penyelenggaraan.

Datuk Ding Kuong Hiing melakukan tinjauan ke atas projek perparitan di sekitar Bintangor, semalam. Foto: Pusat Khidmat DUN Meradong

Sebagai langkah susulan katanya, beliau mendapatkan kerjasama pemimpin masyarakat untuk menyenaraikan nama jalan terbabit sebelum diserahkan kepada Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ).

“Banyak jalan di Meradong masih belum berdaftar dengan MARRIS. Berikutan itu, kita tidak ada dana untuk menyelenggara jalan- jalan ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah menghantar sebanyak 120 nama jalan kepada MDMJ dan jumlah itu dijangka meningkat.

Sehubungan itu, Kuong Hiing menggesa kerjasama semua pihak agar usaha berkenaan berjalan lancar.

“Setakat ini, 120 jalan sudah diserahkan dan mungkin jumlahnya masih banyak lagi tetapi, kita buat ini dulu secara perlahan-lahan, mudah-mudahan dengan usaha ini, semua jalan di daerah Meradong boleh didaftarkan dalam MARRIS,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan