Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara momen belakang tabir ketika penggambaran Salam Nusantara. Foto: Muiz Hilmi

Dokumentari terbaharu TVS, Salam Nusantara gali sejarah tamadun Islam di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

Sempena Ramadan TVS menghidangkan satu dokumentari baharu, Salam Nusantara sebagai mengimarahkan bulan mulia pada kali ini. 

Rancangan berkenaan akan mengajak para penonton untuk menyelusuri sejarah tamadun Islam yang bertapak di Sarawak.

 
Antara momen belakang tabir ketika penggambaran Salam Nusantara. Foto: Muiz Hilmi

Ikuti temu bual TVS bersama penerbit Salam Nusantara, Muiz Hilmi untuk berkongsi sedikit mengenai dokumentari terbaharunya.

Boleh kongsikan sedikit mengenai Salam Nusantara?

Salam Nusantara adalah sebuah dokumentari bersiri yang diusahakan untuk meninjau perkembangan peradaban dan perkembangan Islam di Sarawak.
 
Salam Nusantara memaparkan 13 episod yang akan ditayangkan sepanjang Ramadhan tahun ini, dengan hasrat menjadi permulaan yang positif dalam mengungkap lebih banyak khazanah negeri Sarawak yang masih belum lagi diketahui oleh khalayak umum, khususnya tentang perkembangan tamadun masyarakat majmuk Sarawak termasuklah umat Islam di negeri ini.
 
 
Muiz ketika penggambaran Salam Nusantara. Foto: Muiz Hilmi
 
Apa kelainan Salam Nusantara berbanding dokumentari Islamik yang lain?
 
Pastinya ada banyak dokumentari Islamik yang telah dihasilkan dan menemui penonton. Dalam konteks Salam Nusantara, kami sajikan tema “Islam di Sarawak”.
 
Konsep Salam Nusantara adalah sekiranya orang-orang lama menontonnya, maka nanti mereka akan mengesahkan maklumat yang pernah mereka ketahui.
 
Manakala bagi golongan muda, mereka akan teruja dengan maklumat yang dipaparkan.
 
Salam Nusantara: Islam di Sarawak akan menyentak penonton untuk mulai menggali khazanah Sarawak yang sebenarnya cukup kaya. Dan tamadun Islam di Sarawak adalah salah satu daripada khazanah kekayaan kita.
 
 
Antara momen belakang tabir ketika penggambaran Salam Nusantara. Foto: Muiz Hilmi
 
Walaupun Salam Nusantara belum bersiaran, tetapi apakah ‘wow factor ‘yang ada dalam Salam Nusantara yang boleh dijanjikan kepada penonton?
 
Pertama, Salam Nusantara adalah dokumentari pertama seumpamanya yang bakal ditayangkan di TVS. Kedua, penonton akan melihat banyak fakta-fakta menarik yang tidak disangka. Ketiga, Salam Nusantara disajikan dengan ‘fast-paced’.
 
 
Antara pakar-pakar. yang ditemu bual dalam Salam Nusantara ialah pensyarah kanan Dr Nadrawina Isnin. Foto: Muiz Hilmi
 
Kenapa memilih nama Salam Nusantara?
 
Salam Nusantara menggambarkan betapa besar dan luasnya rangkaian dan jaringan kekerabatan dalam sejarah peradaban tinggi suatu masa dahulu di wilayah Asia Tenggara termasuklah Sarawak dan Kepulauan Borneo.
 
Maka, kami berhasrat “menyapa” penonton agar mengetahui dan berbangga dengan sejarah peradaban rantau kita ini. Justeru, “Salam Nusantara” dipilih sebagai nama segmen dokumentari ini.
 
Akan datang, ada lagi Salam Nusantara, kembara ke banyak lokasi lain lagi.
 
Salam Nusantara bersiaran setiap Selasa, Rabu dan Khamis sepanjang bulan Ramadan pada jam 6.15 petang hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. Anda juga boleh menontonnya di saluran YouTube TVS Entertainment.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan