Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bot nelayan yang melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari jarak dibenarkan. Foto: Maritim Malaysia

Tangkap ikan di luar zon dibenarkan, sebuah bot nelayan kelas C ditahan

BINTULU, 23 Mac: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot nelayan tempatan ketika leka melakukan aktiviti penangkapan ikan di luar zon dibenarkan iaitu pada jarak lebih kurang 5.10 batu nautika dari Kuala Balingian, Bintulu sekitar jam 10 pagi, semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, berdasarkan aduan orang awam pihak Maritim Malaysia telah melakukan tangkapan dengan menggunakan bot samaran bagi mengelakkan kehadiran anggota dikesan oleh nelayan terbabit. 

Hasil penggeledahan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong dan dua orang kru – kesemuanya adalah warga tempatan. Kesemua kru yang ditahan berumur dalam lingkungan 35 hingga 52 tahun.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, syarat dalam buku lesen menetapkan kawasan yang dibenarkan untuk menangkap ikan adalah 12 batu nautika dari pantai.

Muatan hasil laut seperti ikan campur berjumlah lebih kurang 100 kilogram yang dipercayai baru ditangkap disita bersama-sama dengan vesel, peralatan menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Hasil tangkapan yang turut dirampas dari bot nelayan kelas C yang melanggar syarat sah lesen. Foto: Maritim Malaysia

Kesemua kru beserta bot nelayan ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang dari jarak dibenarkan. Ia boleh dikenakan kompaun oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Maritim Malaysia mengingatkan kesemua komuniti maritim supaya mematuhi segala peraturan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut. 

Komuniti maritim turut diminta untuk melaporkan segera sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kemalangan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254)/ Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan