Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: TVS

Penjawat awam dilarang guna TikTok untuk tugasan rasmi

ByBernama

LONDON, 22 Mac: Kerajaan Belanda akan mengharamkan penggunaan aplikasi perkongsian video China TikTok pada telefon yang digunakan untuk tugasan rasmi, lapor media tempatan pada Selasa.

Sejumlah 140,000 penjawat awam Belanda hanya boleh menggunakan aplikasi yang diluluskan, bermakna aplikasi sensitif pengintipan tidak lagi dibenarkan, lapor Agensi Anadolu memetik NL Times.

“Persoalan yang dibangkitkan di Parlimen dan perkembangan antarabangsa baru-baru ini mendorong kami membuat penilaian dengan berhati-hati,” kata Setiausaha Kerajaan Negeri Alexandra van Huffelen dalam suratnya kepada Parlimen.

Perkhidmatan Perisikan Am dan Keselamatan Belanda (AIVD) baru-baru ini memberi amaran tentang risiko tinggi pengintipan daripada negara yang mempunyai program siber yang menyasarkan Belanda dan kepentingannya.

Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Kanada dan Belgium serta institusi Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengharamkan pemasangan aplikasi itu ekoran kebimbangan terhadap keselamatan data yang mungkin diakses oleh China. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan