BANDAR SERI BAGAWAN, 22 Mac: Pejabat Perdagangan dan Pelancongan (STATO) Brunei dijangka memulakan operasinya tahun ini dan akan menjadi pusat sehenti bagi pelaburan dan perniagaan serta penggiat pelancongan di Brunei untuk bertemu dan berhubung dengan Sarawak secara berkala.
Menurut satu kenyataan media, Majlis Menandatangani Perjanjian Penyewaan antara Sarawak Trade and Tourism Sdn. Bhd. dan Pavo Point Management bagi STATO Brunei telah diadakan di sini, hari ini.
Majlis penandatanganan berkenaan telah dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bagi pihak STATO Brunei Sdn. Bhd. dan Awang Damit Awang Osman bagi pihak Pengurusan Pavo Point, disaksikan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Objektif penubuhan STATO Brunei adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama perniagaan dan pelancongan antara Brunei dan Sarawak.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Raja Datuk Reza Raja Zaib Shah. –TVS