Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Solat sunat tarawih di Masjid An Nur, Sibu akan diketuai imam jemputan untuk menyuntik semangat kepada jemaah agar ke masjid. Foto: TVS

400 jemaah tunaikan solat sunat tarawih di Masjid An Nur Sibu malam tadi

SIBU, 23 Mac: Kemeriahan sambutan Ramadan yang penuh keberkatan mula dirasai apabila seluruh umat Islam di Malaysia memenuhi ruangan saf-saf di masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih yang pertama bagi tahun 1444 Hijrah.

Tinjauan di Masjid An-Nur di sini, sekitar 400 jemaah menunaikan tarawih malam tadi.

Rata-rata jemaah yang ditemui meluahkan rasa syukur kerana dapat menunaikan ibadah tarawih.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid An-Nur Sibu, Dahari Jol berharap agar masyarakat Islam di Sibu terus mengimarahkan masjid tersebut sepanjang Ramadan.

“Inilah peluang kita setelah kita lama tidak begini kerana pandemik COVID-19 dan sekarang tiada yang menghalang lagi, jadi inilah peluang kita supaya hadir ke Masjid An-Nur.

“Solat sunat tarawih kita di sini akan diketuai oleh imam jemputan dari Kelantan, Terengganu dan Kedah yang akan datang untuk memberi lebih suntikan semangat kepada jemaah supaya selalu hadir ke masjid ini,” katanya ketika ditemui.

Tambahnya lagi, Masjid An-Nur Sibu turut mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sepanjang Ramadan ini.

“Kita juga mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk berbuka puasa di sini dan dalam senarai kita juga banyak yang dah tempah terutamanya bersama anak-anak yatim.

“Ia sememangnya terbuka kepada semua yang sudi datang,” katanya.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam tadi mengisytiharkan umat Islam di Malaysia mula menjalani ibadah puasa hari ini, menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan