Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pada masa ini Sarawak mempunyai kira-kira 3,500 menara dan struktur yang beroperasi. Foto fail: TVS

Kerajaan Sarawak komited bangunkan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negeri

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 22 Mac: Sarawak memerlukan kira-kira 7,000 menara dan struktur telekomunikasi untuk mencapai liputan penuh, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang.

Sambil menyatakan komitmen penuh kerajaan negeri untuk merapatkan jurang digital, beliau berkata pada masa ini Sarawak mempunyai kira-kira 3,500 menara dan struktur yang beroperasi.

“Usaha ini boleh dilihat dalam kesungguhan Kerajaan Sarawak yang masih campur tangan dan melengkapkan usaha Kerajaan Persekutuan dengan membelanjakan RM1.89 bilion bagi mempercepatkan pembangunan telekomunikasi, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kerajaan sedar bahawa akses kepada komunikasi adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi.

Liputan telekomunikasi yang baik dan menyeluruh, amat penting dalam memastikan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 dapat dicapai.

“Dalam PCDS 2030 yang komprehensif, Sarawak bermatlamat untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi pada 2030, satu daripada pemangkin untuk memacu pertumbuhan ekonomi ialah transformasi ekonomi,” ujarnya.

Beliau menambah, rangka kerja kawal selia atau lebih dikenali sebagai Ordinan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak, yang ditubuhkan pada 2007 amat penting bagi mengawal selia aktiviti berkaitan kepada urusan pendigitalan Sarawak.

Jelasnya, usaha ini diikuti dengan penubuhan agensi-agensi kerajaan berkaitan seperti Lembaga Multimedia Sarawak dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) untuk menerajui dan memudahkan pembangunan dan pelaksanaan inisiatif komunikasi, multimedia dan ekonomi digital Sarawak, termasuklah pembangunan telekomunikasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan