Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JBM), Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (kiri) semasa kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan). Foto: JAPEN

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Pengarah ICU JPM

ByRegina Lee

KUCHING, 21 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia hari ini.

Kunjungan berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan dirinya yang telah melapor diri pada 20 Februari lalu dan menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, antara yang dibincangkan ialah peranan dan fungsi ICU serta membantu kerajaan negeri memantau projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh semua kementerian di Sarawak.

“Dalam pertemuan tersebut, Premier menyatakan beberapa perkara yang perlu diberi tumpuan oleh Kerajaan Persekutuan, terutamanya dalam membantu Kerajaan Sarawak di dalam pelaksanaan projek-projek bernilai RM50 juta ke bawah.

“Pihak kami akan bekerjasama untuk membantu memantau supaya projek itu tidak lewat daripada jadual yang ditetapkan ataupun menjadi projek ‘sakit’.

“Perkara ini amat penting kerana kejayaan sesuatu projek diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan akan memberi keselesaan dan juga memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan kunjungan hormat itu.

Beliau berkata, ICU juga membantu usaha-usaha kerajaan ke arah pembasmian kemiskinan serta memantau pembinaan pos-pos kawalan di sempadan negara agar seiring dengan pembangunan Nusantara di Kalimantan.

“Peranan ICU akan saya perkemaskan lagi untuk memastikan projek yang dirancang di sempadan negara dengan pihak Indonesia dilaksanakan mengikut masa yang tepat,” ujarnya.

Terdahulu, beliau pernah berkhidmat dalam perkhidmtan awam selama 28 tahun, bermula sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri dan juga sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan dan Penilaian Pembangunan) Raja Muhammad Azlan Shah Raja Muhammad,Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) Norashiken Ishak, Pengarag Pembangunan Negeri Sarawak Jasni Jubli, dan Pegawai Khas Ketua Pengarah, Syahriman Mat Salleh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan