Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vesel Perikanan Tempatan berlesen bagi Zon B dibenarkan berpindah milik tertakluk kepada dasar dan prosedur pelesenan yang telah ditetapkan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto Arkib TVS.

Parlimen: Pindah milik vesel perikanan Zon B tertakluk kepada prosedur pelesenan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 21 Mac: Vesel Perikanan Tempatan berlesen bagi Zon B dibenarkan berpindah milik tertakluk kepada dasar dan prosedur pelesenan yang telah ditetapkan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, antara dasar dan prosedur berkenaan adalah seperti tiada rekod kesalahan aktif dan tiada tuntutan daripada mana-mana institusi kewangan.

Jelas beliau, pindah milik vesel ini hanya dibenarkan kepada rakyat Malaysia yang berstatus usaha sendiri sahaja.

“Semua proses ini perlu dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem e-Lesen Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) di Pejabat Perikanan Daerah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (Pakatan Harapan – Beruas) yang ingin tahu mengapa bot dan lesen bot nelayan jenis B tidak boleh dipindah milik atau dijual.

Mohamad turut menjelaskan, lesen vesel dan peralatan menangkap ikan adalah hak milik DOF manakala vesel pula adalah hak milik nelayan atau pengusaha vesel.

Sementara itu beliau menambah, kawalan pelesenan bagi semua vesel pukat tunda Zon B diadakan sebagai salah satu usaha jabatan itu dalam mengawal aktiviti pukat tunda di kawasan laut pantai di samping memindahkan aktiviti pukat tunda ke kawasan yang lebih jauh.

Berkaitan perkara sama, Mohamad berkata, kebanyakan isu yang terjadi adalah vesel telah dijual kepada pemilik baru terlebih dahulu, tanpa merujuk DOF untuk memohon pindah milik lesen vesel penangkapan ikan.

“Ini tidak selaras dengan peruntukan di bawah Subseksyen 14(4)(a) dan (aa).

“Kegagalan pemilik vesel memenuhi peruntukan ini adalah menjadi satu kesalahan di bawah Subseksyen 14(4)(b) Akta Perikanan 1985,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan