Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyematkan Pingat Perkhidmatan Setia kepada Datu Ken Leben pada majlis penyampaian pingat di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: JaPen.

Peguam Besar Negeri, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen antara penerima Pingat Perkhidmatan Setia

BySalasiah Safian

KUCHING, 20 Mac: Seramai 710 orang penjawat awam hari ini menerima Pingat Perkhidmatan Setia bagi menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan Sarawak.

Sehubungan itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia Bahagian Kuching di sini.

Antara yang menerima pingat ialah Peguam Besar Negeri Sarawak Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid yang telah berkhidmat selama 34 tahun.

Turut dalam senarai, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datu Ken Leben dan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar.

Menurut kenyataan media, para penerima terdiri daripada 35 jabatan dan agensi, merangkumi 29 daripada Kerajaan Sarawak dan enam dari Persekutuan.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto: JaPen

Buku Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia memaklumkan bahawa pingat ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anggota Perkhidmatan Awam Sarawak dan Perkhidmatan Awam Persekutuan di atas sumbangan mereka yang tidak ternilai terhadap pembangunan Sarawak.

Mereka telah memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta berintegriti sepanjang tempoh perkhidmatan.

Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Setia diberikan kepada penjawat awam yang bertaraf tetap dalam perkhidmatan awam di Sarawak yang telah berkhidmat selama 20 tahun terus-menerus atau 25 tahun perkhidmatan terkumpul.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan