Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang.

Parlimen: Kampung di Sabah, Sarawak dilibatkan dalam Projek Lampu Jalan Kampung

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 20 Mac: Kawasan kampung di Sabah dan Sarawak yang menerima bekalan elektrik melalui sistem solar akan turut dilibatkan dalam perlaksanaan Projek Lampu Jalan Kampung (LJK), Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ia melibatkan pemasangan oleh kementeriannya sehingga 40 unit lampu bagi sebuah kampung di atas talian grid sedia ada.

Kata Rubiah, tumpuan diberikan di hadapan bangunan-bangunan awam seperti surau, masjid, rumah ibadat, sekolah, balai raya serta persimpangan jalan memasuki kampung.

“Bagi memastikan kuantiti pemasangan LJK yang sesuai untuk setiap kampung, pejabat pembangunan negeri bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengenal pasti keperluan serta cadangan lokasi pemasangan LJK di kampung-kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Dr Abd Ghani Ahmad (Perikatan Nasional – Jerlun) yang ingin tahu polisi pemasangan lampu jalan awam (lampu jalan kampung atau mini tar) dan tempoh kelulusan permohonan sehingga pemasangan dilakukan.

Menurut Rubiah, tempoh kelulusan permohonan adalah antara 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada proses perolehan, semakan di tapak dan juga tempoh kontrak.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kampung-kampung yang layak dipertimbangkan untuk pemasangan lampu jalan adalah termasuk semua kampung di luar dan pinggir bandar yang mendapat bekalan elektrik secara sambungan talian grid.

“Manakala kampung-kampung yang tidak layak untuk memohon program ini pula adalah termasuk kampung-kampung yang belum mendapat bekalan elektrik melalui sambungan talian grid.

“Selain itu, kampung-kampung di dalam kawasan pengoperasian pihak berkuasa tempatan (PBT) serta kawasan taman perumahan atau penempatan semula yang dimajukan oleh pihak swasta,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan