Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai yang datang menghadiri Program Mamogram Bergerak di Sarikei hari ini. Foto TVS.

Wanita jangan ambil mudah saringan kesihatan

SARIKEI, 20 Mac: Golongan wanita perlu lebih peka terhadap penjagaan kesihatan diri bagi mengelak daripada penyakit kronik khususnya berkaitan kanser payudara dan serviks.

Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei, Dr Johny Kelak berkata, pengesanan awal amat penting bagi membolehkan individu khususnya mereka yang berisiko mendapat rawatan susulan sekali gus membantu bebas daripada penyakit berkenaan.

“Tinjauan kesihatan kebangsaan 2019 mendapati bahawa 75 peratus atau tiga daripada empat wanita yang berumur 40 tahun ke atas, tidak menjalani saringan kanser payudara atau mamogram. Begitu juga 60 peratus atau pun tiga daripada lima wanita tidak pernah menjalani pemeriksaan saringan pap smear. Jadi statistik dan angka yang kita terima ini agak merisaukan kerana ia melibatkan kesedaran komuniti kita khususnya golongan wanita,” katanya ketika menghadiri Program Mamogram Bergerak di Sarikei hari ini.

Beliau berkata, tindakan awal merupakan kunci utama kepada intervensi awal untuk kanser bagi meningkatkan peluang mencegah dan merawatnya.

Sehubungan itu, katanya, Program Mamogram Bergerak anjuran Majlis Kanser Nasional (MAKNA) memberi manfaat besar kepada golongan wanita apabila mereka berpeluang mengesan gejala dan tanda awal kanser payudara secara percuma.

“Kita ada MAKNA yang menganjurkan Program Mamogram Bergerak. Selain itu, kita juga mengadakan sesi pemeriksaan payudara secara kendiri. Selain perkhidmatan tersebut, kita juga ada menyediakan perkhidmatan pemeriksaan pangkal rahim atau pun saringan pap smear dan saringan kanser kolorektral. Kita juga ada membuka ‘booth’ untuk saringan kesihatan secara umum bagi orang ramai yang datang sepanjang program ini dijalankan,” katanya lagi.

Program bermula sejak 10 Mac lalu itu mendapat sambutan amat menggalakkan apabila seramai 241 orang wanita telah disaring mamogram, manakala 128 orang lagi menjalani saringan pap smear.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan