Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana hari pertama pembukaan persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya. Foto: Ahmad Azlan Shah (TVS)

Minggu pertama sesi persekolahan di Sarawak diisi dengan suasana ceria, menyeronokkan

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 20 Mac: Minggu pertama sesi persekolahan di Sarawak bagi Sesi 2023/2024 diisi dengan aktiviti-aktiviti yang akan menjadi penentu kepada pembentukan adab, akhlak dan motivasi di kalangan murid.

Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak, Omar Mahli berkata, konsep yang ditentukan itu selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melahirkan Anak Yang Bijak Lagi Cerdik (ABC), selain mewujudkan suasana ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.

“Untuk minggu pertama ini, pihak sekolah diminta untuk melaksanakan satu aktiviti atau program yang boleh mewujudkan suasana ceria dan menyeronokkan untuk murid yang datang ke sekolah.

“Pada hari ini kita melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Petra Jaya, hari pertamanya dimulakan dengan aktiviti senamrobik pada awal pagi, berbeza sebelum ini murid-murid masuk kelas dan terus belajar,” katanya ketika ditemui di SK Petrajaya pagi tadi sebelum ke dewan sekolah menyaksikan aktiviti senamrobik tersebut.

Menjelas lanjut, katanya, program minggu pertama sesi persekolahan juga dapat memupuk pelbagai nilai seperti sikap bekerjasama dan pesefahaman yang erat antara murid, guru, dan ibu bapa.

“Kali ini kami (JPN) tidak melarang untuk ibu bapa masuk ke sekolah, ini bertujuan mewujudkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa,” ujarnya.

Omar berkata, untuk sesi baharu ini seramai 408,642 murid telah mendaftar dengan 32,642 orang adalah murid tahun satu.

“Mengenai persekolahan sempena bulan Ramadhan akan datang, sekolah sesi petang di negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak akan ditamatkan jam 5 petang manakala sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan