Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Takbir oleh Ustaz Abdullah dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Miri untuk program rakaman takbir raya pada hari pertama raya akan datang. Foto: TVS

Imarahkan masjid dan surau dengan dakwah, bukan sekadar beribadah

MIRI, 19 Mac: Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa (AJK) memainkan peranan penting mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni berkata, fungsi masjid dan surau perlu dikembangkan, selain memastikan masyarakat datang beribadah sahaja.

“Kita sebagai masyarakat Islam, Pengerusi dan AJK masjid dan surau memainkan satu peranan besar, selain daripada Ketua Kampung yang menjaga hal ehwal kampung. Walaupun kita hanya menjaga masjid dan surau, peranan kita bukan sekadar memastikan masyarakat dan jiran kita datang beribadah tetapi fungsi masjid dan surau kita kembangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Agihan Sumbangan kepada Masjid dan Surau Parlimen Sibuti hari ini.

Katanya, antara usaha yang perlu dilakukan bagi mengimarahkan masjid dengan memperkasakan gerakan dakwah supaya masyarakat tanpa mengira usia dapat diajar dan dididik cara beribadah dengan betul dan tepat.

“Selain itu, kita mengadakan pelbagai program. Saya akan cuba untuk memperkasakan gerakan dakwah untuk mengimarahkan surau dan masjid kita dengan menjemput penceramah, guru dan ustaz untuk mengajar kita tentang cara-cara beribadah dengan tepat dan betul. Jadi mudah untuk kita semua belajar sembahyang kerana kita tidak boleh fikir kita tahu semua perkara. Janganlah malu untuk terima pendidikan,” jelasnya.

Beliau juga menggalakkan pihak masjid dan surau untuk menggunakan perbankan digital serta bekerjasama dengan organisasi bukan kerajaan (NGO) dan bank bagi menjana pendapatan dan mendapatkan sumbangan untuk aktiviti dan program yang hendak diadakan.

Sebanyak 53 masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Sibuti telah menerima sumbangan pada majlis itu bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan