Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dalam episod keenam peserta telah melaksanakan tugasan mingguan dengan bermain alat muzik tradisional dari kaum Bidayuh, Iban dan Orang Ulu. Foto: Dara Kenyalang

Peserta Dara Kenyalang TVS diuji bermain alat muzik tradisional

KUCHING, 19 Mac: Jika episod yang lepas peserta program realiti ratu cantik Dara Kenyalang TVS menunjukkan bakat mereka menari secara berkumpulan, pada episod keenam hari ini mereka diuji melaksanakan tugasan mingguan dengan bermain alat muzik tradisional dari kaum Bidayuh, Iban dan Orang Ulu.

Mereka telah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan pertama memainkan muzik tradisional kaum Iban terdiri daripada Dearie, Alicia, Priscilla dan Steffy, kumpulan kedua pula memainkan muzik tradisional kaum Orang Ulu iaitu Tonnia, Desheila dan Amanda, kumpulan yang terakhir kumpulan ketiga memainkan muzik tradisonal kaum Bidayuh iaitu Emmyissa, Lofrenska, Monica dan Clera.

Baca artikel berkaitan >>>> Cabaran tarian tradisional uji peserta program ratu cantik Dara Kenyalang TVS

Pada episod yang lepas, peserta telah memakai busana dari Philip Reynold yang bertemakan Cocktail Ethnic Contemporary.

Untuk episod keenam hari ini, peserta telah memakai busana dari Melinda Omar yang bertemakan Elegance semasa runway catwalk dalam sesi penyingkiran.

Juri yang terlibat dalam sesi penyingkiran untuk episod hari ini, Angela Martin dan Wendy Earnest selaku juri tetap dan Elizabeth Bungan dan Narawi Rashidi sebagai juri jemputan.

Kumpulan ketiga iaitu Lofrenska, Clera, Monica dan Emmyissa diumumkan pemenang bagi cabaran bagi episod keenam hari ini.

Tiga nama telah tersenarai dalam bottom three yang mempunyai markah terendah bermulanya dari Desheila, Amanda dan Emmyissa.

Pada episod sebelumnya tiada penyingkiran yang berlaku dan untuk episod hari ini terjadinya sekali lagi tiada penyingkiran berlaku.

Selesai sudah untuk episod keenam dan nasib masih lagi menyebelahi pihak mereka. Untuk episod seterusnya, mampukah mereka mengekalkan perjuangan mereka dalam program Dara Kenyalang? Nantikan episod ketujuh Dara Kenyalang pada minggu hadapan.

Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri.

Dengan adanya peluang menggunakan platfom ini, diharapkan bertemu wajah-wajah baharu yang bakal memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan Sarawak kepada pentas dunia.

Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?

Jangan lupa saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad jam 3 petang dan siaran ulangan pada setiap hari Rabu jam 2 petang dan setiap hari Jumaat jam 8.45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang kami di www.tvstv.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan