Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh mempengerusikan Mesyuarat Agong Tritahunan Saberkas Kuala Rajang 2023 -2026 di Sarikei, semalam. Foto: TVS

Saberkas Kuala Rajang semarak aktiviti kemasyarakatan

SARIKEI, 19 Mac: Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Kuala Rajang memainkan peranan lebih proaktif membangunkan golongan muda di kawasan itu melalui program kemasyarakatan.

Setiausaha Saberkas Kuala Rajang, Dayangku Siti Mariam Awang Masli berkata, sebagai sebuah pertubuhan sukarela, mereka perlu memperkasakan masyarakat dalam pelbagai aspek termasuk kebajikan, pendidikan, ekonomi dan sosial.

Ia selaras dengan terbentuknya jawatankuasa (AJK) baharu selepas Mesyuarat Agung Tritahunan Saberkas Kuala Rajang Sesi 2023-2026 di Sarikei.

“Dengan terbentuknya pemilihan AJK yang baharu iaitu gabungan antara golongan belia muda dan belia berpengalaman, kita cuba merangka pelbagai aktiviti dalam masyarakat pelbagai lapisan yang akan memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya pada sidang media Mesyuarat Agong Tritahunan Saberkas Kuala Rajang 2023 -2026 di Sarikei, semalam.

Mesyuarat itu menyaksikan Datuk Len Talif Salleh kekal sebagai Pengerusi Saberkas Kuala Rajang, Mohamad Shukurdi Tazen, Naib Pengerusi dan Mohd Hafizd Mohd Rosley, Naib Pengerusi Dua dan Dayangku Siti Mariam menyandang jawatan Setiausaha.

Pada masa yang sama, pertubuhan itu turut menerima sumbangan RM50,000 daripada Datuk Len Talif Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang.

“Saluran dana RM50,000 yang telah disalurkan oleh Datuk Len Talif Salleh akan digunakan untuk melakukan program kemasyarakatan yang akan memberi pulangan kepada masyarakat sendiri,” katanya lagi.

Malah ujarnya, setiap ahli Saberkas mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi menarik penyertaan belia sekali gus menghindari diri mereka daripada terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.

“Sebenarnya Datuk Len Talif Salleh telah banyak menyumbang dalam menjalankan program Saberkas. Antaranya ialah Program Back To School yang sangat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat yang kurang berkemampuan dalam persediaan persekolahan anak-anak,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan